Sunday 11 August 2013

pendosa.

Skrin komputer ditatap.Mula menaip di keyboard.
Twitter ni sebenarnya bagus kalau kita gunakan bebetul.
TL ada dakwah.
wahhh,,bagusnya..

Scroll ke bawah,bawah,dan bawah..
eh?

"Agama ni, ramai yang tahu. Tapi sikit yang faham."
Sentap.

Mato.Bagus budak ni.Sebarkan dakwah.Entah apa nama sebenar dia,aku pon tak tau.
Kembali tersedar.Bila fikir balik.Memang betul pun.
Manusia sekarang.Manusia akhir zaman.
AKHIR ZAMAN.

Bila  orang tanya aku pasal agama,aku risau.Aku risau aku bagi informasi yang salah.
Allah..
Sebab tu Rasulullah suruh kita cari ilmu.Nak berdakwah pon biar ada ilmu.
Bukan main sebat je.
Salah,rosak akidah.
Itulah yang aku takut..aku takut akidah aku rosak,calar.

Dulu aku jahil.Bodoh pasal agama.Buat main je.Solat tu aku tau wajib,tapi taknak buat.
Tu semua kisah aras darjah 5,6.Budak-budak.
Apa tau.

Bila ingat balik,Allah...ruginya aku.Ruginya aku tak kejar pahala.Sangat rugi.
Ampunkan aku ya Allah.
Terima kasih sebab bagi aku peluang untuk berubah,
Berdakwah.
Mempelajari islam dengan lebih mendalam.
 
Terima kasih Ya Allah :')

Tangan berhenti menaip.Pilu.
Sudah pukul 11 malam.
Nak tunggu farah.

Assalamualaikum.

Farah ni selalu on9 lambat.aku gigit jugak kang

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 10 August 2013

Lalai

Terimbas kembali.
Aku masih ingat lagi,
Kata-kata cinta indah kau pernah bagi pada aku dulu.

Tuhan baru ku sedar,
Indah nikmat sehari itu.
Tapi,aku tak tahu nak bersyukur.
Puas aku menyalahkan diri sendiri.

menyesal dengan apa yang berlaku.
Eh,,kenapa jadi camni?

Ya Allah,maafkan aku.aku lalai,
Sekali lagi,aku leka dengan dunia.
Kau lindungilah aku daripada sifat putus asa,
Aku nak usaha!
USAHA
DOA.

Tu perkara penting,jadi teras.Aku kena muhasabah.
muhasabah diri ni.Hinanya aku jika hendak dibandingkan dengan-Mu.
Aku malu ya Allah.Sangat malu.
Sangat malu dengan dosa aku yang bertimbun.
Pahala aku camana?
cukup ke bekalan aku nak bawak ke Sana?
Allah....................
aku rindu rara.Lindungilah dia ya Allah :')



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Friday 9 August 2013

Aasif :')

Assalamualaikum :)

Again,we meet again dear my lovely blog.Hehehe,,as usual.HAHA.
Sejak bila aku cakap omputih pulak ni.makkk..
Oke,back to the point.
.
.
.
.
Farah Atiqah.Who's this girl?Siapa,siapa,siapa?
Hurm,dialah sahabat aku yang paling baik.Sangat baik.
Why?
 
Dia selalu dengar masalah aku,baik,layan aku..
Tak sama macam orang lain.
Kitorang tak pernah jumpa pon.
Apa?Tak pernah jumpa dah cakap baik.
 
Hahahah,,Allah punya kuasa.Allah tu hebat.
Dulu,aku sebenarnya tak suka dia.Anggap dia macam musuh.
(Farah,sori tak bagitau awak,hehe)
Aku mula stalk dia.Cuba jadi kawan dia.Memula tu niat nak provok dia.
Kejam kan?Tau dah :')
 
Aku ni memang jenis cemburu.Sebab tu aku selalu dekatkan diri dengan orang yang baik2.Aku ni jahat.Pendosa tanpa noktah.
See,kuasa Allah tu hebat.Dulu,aku tak suka dia,sekarang dah rapat gila walaupun kitorang tak pernah jumpa pon :)

 
Dialah kembar aku,yang tak berapa nak kembar sangat.Hhehe,lagu ni pon dia yang recommend kan.Sedap.Aku terus pasang jadi lagu dalam blog.Lagu ni selalu mengingatkan aku kat farah.
Comel je dia.Sayang dia sangat2.
 
Farah,saya nak minta maaf sebab dulu tak suka awak.Maafkan saya..Saya tak tau kenapa.Tapi,lepas saya kenal awak..awak baik sangat.Tak macam saya ni.
Selalu alpa,lalai dengan dunia.
 
 
 
Allah,kau peliharalah hati ini untuk terus kuat dengan dugaan hidup.Kau peliharalah orang-orang yang aku sayang :')

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Tuesday 6 August 2013

Sahabat.

SAHABAT.
.
.
.
.
.
Ya,sahabat.kenapa?
Tak,,cuma aku nak cakap aku sayang kawan-kawan aku.
Aku sayang rara,farah,mai,ain,zatul dan yang lain2.

Terutamanya,kawan perempuan 4 sains 2.
Hahahaha
Aku rindukan diorang.Dulu,kitorang selalu sesama.Geng.Pergi memane je masa kat sekolah selalu sama2.Pegi rehat sama2.
Pergi tandas pon kalau boleh nak sama2.Hahahha..

Aku rindu.... :')
Rindu sangat dengan persahabatan kita yang dulu.Akrab.Takde nak masam2 muka.Takde nak jeles2 bende ni.Aku suka.
Bersahabat kerana Allah.
Air mata diseka buat kesekian kalinya.Penat.
Allah..aku rindu sahabat fillah aku.

Aku cuba untuk amalkan perkara tu.
Cuba untuk jadi rakan yang baik.Kalau kita nakkan kawan yang baik,kita mesti jadi kawan yang baik jugak.

And also,aku sayang diorang.Sangat2.Kerana Allah.
Rara yang comel,selalu prihatin hal aku.
Farah atiqah yang baik,cantik.Selalu dengar masalah aku.
Maizatul yang kecik,comel.Prihatin.
Shaidah yang gila.Selalu buat lawak.Tapi baik sangat.
Raidah yang selalu ketawa.Suka nak jadi Princess.
Zatul yang selalu peluk aku.Bantu aku.
Ain yang baik,comel.Ajar aku buat blog.
Dan semua kawan2 yang pernah aku kenali.
Satu je aku nak cakap..
AKU SAYANG KORANG.
Aku nak sangat ambik gambar sama2.Nanti raya ambik gambar sama2 ya.

Ya Allah,,kau peliharalah hubungan ini.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

pergi..

tik.tok.tik.tok.

Masa terus berlalu.Meninggalkan kita tanpa disedari.
Aku merenung skrin komputer.
Melihat wajahnya.
Sungguh indah.
Suci je muka dia.

Tersenyum buat seketika.
Ya,aku cuma boleh buat canggitu.
Kenapa?

Dia jauh,jauh dari aku.
Sangat jauh.
Ya Allah..aku rindukan dia.
bukan sedikit..banyak..sangattttttttttttttttttttt.

Masa terus berlalu.Aku kembali teringat perbualan aku dan dia dulu..

"Awak,nanti saya nak pegi mesir.Bulan 8.Nanti skype tau.Dah habis belajar nanti,saya nak jumpa awak.
Saya nak kahwin dengan awak.Saya nak jadikan awak yang halal buat saya."
.
.
.
.
.
Air mata kembali mengalir.Itu semua dulu.DULU.
Perkara yang buat aku rasa sedih.
Tersangat sedih.

Dah bulan lapan.Ramadan dah nak meninggalkan aku.Raya bakal menjelang.
Dan itulah perkara yang memedihkan hati aku.Bulan 8.Dah bulan lapan...

Dia akan pergi...Ya Allah,sekejapnya masa berlalu.Aku ingin bertemu dengan dia ya Allah.
Tolonglah........................

 

Awak..saya harap awak jaga diri awak bebaik kat sana.Jangan nakal2.Saya tunggu awak tau.Saya akan selalu tunggu awak :')
 

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Monday 5 August 2013

Rindu

"Aku suka dia"
.
.
.
.
Satu kali je aku cakap.Ya,dan aku takkan ulanginya lagi.Kau nak dengar balik?
NEVER.
Aku dah penat kena tipu.I'm not pabo you know.

Ya Allah..penatnya kejar cinta dunia.Aku terlupa.Aku terlupa..
Aku terlupa untuk mengejar cinta-Mu,
sedangkan aku tahu cinta manusia tu tak kekal lama.
Cintakan Allah cinta yang abadi.

Ya.Itu apa yang dia cakap.Dan baru aku tersedar,
yang aku sudah jauh dari Allah.
Ya Allah...maafkan aku,maafkan aku.
Aku berdosa,ya Allah..
Ampunkan aku ya Allah..

Air mata diseka.Puas menangis.
Semenjak itu,aku sering menangis..
Hati aku luluh..
mudah terasa.

Namun,aku tahu Allah sentiasa ada untukku.
Membantu aku setiap masa.
Terima kasih wahai Allah :')

Sampaikan salam rinduku buatnya.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya :')

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 3 August 2013

mengadu

Arghhhhhhhhh...bencinyaaaa..

Allah.Kau sahaja yang tau hati aku.Aku sakit ya Allah.sakit menahan rindu.
Tangan mengesat air mata.laju air mataku mengalir.

Ya Allah..adakah ini dugaan bagiku.
Pernah sakitkan hati dia.
Adakah ini balasan untukku?

Ya Allah..aku sangat rindukan dia.Macam orang gila.Bantu aku ya Allah..
Sampaikan salam rindu aku untuk dia..

Air mata semakin laju merembes di pipi.
tidak henti.
sedih.
aku tak kuat..
:'(


Fake smile huh?




Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

no.no.no.

"Wei,cepatlah masuk.Cikgu dah sampai".
Waktu pelajaran kimia dah bermula.Konfem bising sebab ada yang tak paham.Hahaha.

Semua mengambil tempat duduk masing-masing.Berbual bersama buat seketika...

Aku merenung sesorang tanpa dia sedari.Berpura-pura memandang ke arah lain.Hmm.Itu sahaja yang mampu aku lakukan.Allah,,peritnya rasa hati bila menyukai sesorang dalam diam.
Tidak dapat diluahkan dengan kata2..
Hanya kepada Engkau sahajalah tempat aku mengadu :')

Pelajaran sudah bermula,lantas aku memusingkan kepala menghadap ke arah guru yang sedang mengajar.
Ya.Aku harus belajar.Belajar dahulu sebelum bercinta.

 Tapi,ada ketika aku meneliti wajahnya yang sungguh indah.Allah,,indahnya ciptaan-Mu ini.Aku menangis dalm diam.Menundukkan wajah.
Air mata diseka.Tidak tahan hendak menangis lagi.Cukuplah seorang yang sudah menyakitkan hati aku.
Aku tak mahu pelajaran,ibadah aku terganggu kerana sukakan dia.

Allah,bantu aku.Kuatkan aku.

Kring..kring..kring..
Waktu rehat.Ermm,masa pelajaran kimia sudah habis.
Menutup buku dan memberi salam kepada guru.

Aku keluar dari kelas kimia bersama rakan.
Menuju ke arah surau untuk menunaikan solat dhuha.

Assalamualaikum.



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Allah..

Dunia.Tempat manusia sekarang melakukan khilaf.
Banyak perkara mazmumah yang berlaku.
mengapa terjadi perkara sebegini?

Allah..sedihnya.Aku malu ya Allah.
Malu hendak bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang penuh dengan dosa.
Ya Allah,jujurnya,aku tak sanggup hendak menghadapinya.

Wahai Tuhanku.Kau selamatkanlah aku,keluagaku dan sahabatku
Selamatkanlah kami dari seksa api neraka.
Fitnah manusia.
Seksa kubur.
iri hati.
Dengki.

Ya Allah,sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Menutup tirai,menyeka air mata di pipi.Hurm,sedih.
Melepaskan diri dari dunia maya.
Sudah waktunya berbuka puasa :')

Assalamualaikum.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi