Monday 17 June 2013

cerita

Asslamamualaikum dan selamat malam,,
bertemu kembali.huhu,,Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.erm,,ada banyak cite ni..sok sek sok sek.hahahah..Oke2,,sebenarnya,,saya ada seorang kawan ,dia pelajar u dah sebenarnya,,ambik kau,,banyak noh sebenarnya,,kesan daripada 'Sebenarnya saya isteri' dia lah ni.XDhahaha.Kakak ni ada masalah sama macam aku,,dia kawan dekat fb je,tapi dah macam kenal setahun.punyalah mesra.hohoh..erm,,dari basic sampai adventure punya soalan aku tanya dia.(susahlah bersaya awak ni,,eiii)Aku tanya dia pasal tut,,tut,,dia kata diorang rapat.Alamak,,macamane diorang boleh rapat pulak ni?Hahahahh,,aku dengan cemburunya pegi la soaldia macam2

Sampailah satu malam,aku dapat tahu tut,,tut,,motor dia kena pecah.Hei!Ini sudah lebih.siapa orang yang carik pasal pegi pecahkan moto kawan gua ha!tapi,,dia bukan tau pon yang aku bagai nak rak suka kat dia,sayang kat dia.Hahahahh,,geli seyh ayat.hahahh.Aduh,,memang patut la.Berkawan dengan orang lain,bercinta dengan orang lain,berkahwin dengan orang lain.Semua tu Allah dah tetapkan kat manusia,,biarlah..kalau dia dah memang bukan jodoh aku nak buat camne lagi.takkan nak suruh aku gali lubang rumah dia,,pegi rasuah mak bapak dia?Hahahhah,,berdosa tu.haahha.Oh,,kakak tu sebenarnya baik,,dia suruh aku bebaik dengan tut,tut.Gila!Taknak aku,,nanti kena libas dengan abang aku.

 

 

gambar ni comel je.hahha
oh,,ye tak ya.haritu balik kampung.nak tengok despicable me 2.tepi x dapat tengok sebab buat pembetulan pi.CEH

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Tuesday 11 June 2013

think of it

Assalamualaikum
 
Erm,,ramai orang dapat tengok kau depan mata.Aku?Dapat renung gambar je...Takpalah,,mungkin suatu hari nanti aku dapat jumpa kau.Allah punya kuasa,,Allah hebat.In shaa Allah.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

blablabla

Assalamualaikum dan selamat malam,,

 

Alhamdulillah,,aku masih bernafas.syukur kepada Allah,,Tehhhheeee..Hari ni,,erm,,sebenarnya bukan hari ni je,,dah lama dah aku geram,marah,benci,sakit hati,,semua yang jahat..hehe dekat seorang hamba Allah ni.Marah yang tidak terkata.Kadang kadang aku terfikir jugak,,diorang ni dah berkomplot ke nak naikkan darah aku.Taulah korang berdua jauh dari aku,,sesedap je nak sembunyi.CEH.ermmm,,,nak marah pon tak guna sebenarnya,,marah kan sifat syaitan,,so tadi aku godeh godeh tene cari cara untuk hilangkan marah dan aku jumpa!Yay~
IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda;
” yang bernama perwira bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. Tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah.”    ( Sahih Muslim)

Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah…walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah…segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya.

Hah,,itu jelah yang aku dapat.Erm,,awak,,saya minta maaf dah benci dengan marah awak.Saya cuma geram.Maaff..




Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Friday 7 June 2013

Haiwan kesayangan Rasulullah SAW



Assalamualaikum dan selamat malam,,,
hohoohoi,,tadi aku dapat info dekat surat khabar,,pasal haiwan kesayangan Rasulullah.Gapo dia?Haa,,ni nok ngoyak,,...............KUCING.Ya,,kucing,,cakap pasal kucing je mesti terbayang akan kecomelannya  macam aku,,heheh..x delah.saje je.Meh sini,,aku bagitau pasal hadis-hadis mengenai kucing.

  • Kabsyah binti kab bin malik,menceritakan bahawa Abu Qatadah,mentua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk.Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum.Llu,ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.Kabsyah berkata:"Perhatikanlah".Abu Qatadah berkata:Adakah kamu hairan?"Kabsyah menjawab:"Ya."Kemudian Abu Qatadah berkata,bahawa Nabi SAW pernah bersabda :kucing itu tidakk najis.Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah(binatang rumahan),(riwayat Tirmizi,Nasa'i,Abu Daud,dan Ibnu Majah)
  • Bagi mereka yang menyakiti kucing sangatlah serius balasannya.Dalam hadis sahih Bukhari,dikisahkan mengenai seorang wanita yang tidak pernah memberi makam kucingnya untuk mencari makanan sendiri.Nabi SAW pun menjelaskan  bahawa hukuman bagi wanita itu adalah seksaan neraka.Dari IBnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikot dan tidak diberikan makanan bahkan tidak diperkenankan makan.

alololol,,comelnya dia.muka mintak makanan
 



kucing ni cantik.seksi lagi.hehe
Aku tak sangka kau macam tu,,sepak jugak karang,,huuuuuuhh

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Wednesday 5 June 2013

Fesyen.

Assalamualaikum dan selamat pagi^^,
Huihuihui,,dah sarapan?saya dah,,subuh tadi.hohoh.Kali ni nak share pendapat seorang akhi dari pulau pinang.terimalah,,,huhuh
Fesyen.
Islam bukanlah agama yg mengahalang fesyen dan perkembangan fesyen .Tidak ada nas yg menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian .Namun umat Islam dititikberatkan supaya menutup aurat dengan baik dan sempurna .

Cuba perhatikan kepada wanita muslimah. "Dress code "para muslimah sebenarnya melindungi kaum wanita daripada pandangan nafsu lelaki jahat.Ada 2 syarat utama bagi menutup aurat dengan baik . yg PERTAMA : Pakaian tersebut tak menampakkan bentuk badan si pemakai .Dengan demikian pakaian yg "Ketat "tak dibenarkan .yg KEDUA : Pakaian tersebut mestilah tak menampakkan ciri2 tubuh badan pemakai seperti warna kulit ..

Selain itu ..syarat pakaian itu haruslah tak menyurupai sesuatu kaum ..

kalau nk pakai seluar senaman ,dibenarkan tp haruslah longgar sedikit supaya tidak menampakkan susuk tubuh

kalau nk pakai baju kebaya ,silakan tp janganlah yg ketat sehingga boleh menampakkan kerampingan pinggangnya ..

Para lelaki juga haruslah cuba untuk menjaga dan mengawal "nafsu " dan tidak
berfikir perkara 2 yg "negetif "apabila melihat seorang perempuan ..

para wanita juga harus menolong kaum lelaki drpd berfikir perkara negetif apabila melihat kamu ..waallahualam 
Yang penting tutup aurat ya sayang^.^
nak berfesyen ikut syariat.
kaki pon aurat jugak,tutup ya,biar panjang sikit.sukati la nak warna apa,asal jangan warna kaki kita.nak pakai yang berbintik ke,purple ke,pink,kuning sekalipun,pakailah.aurat kaki mesti dijaga ya sayang.

Sekian sahaja untuk pagi ini.Tata,titi,tutu.
 Salam sayang dari saya,hohoho

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Wanita solehah

Asslamualaikum dan selamat malam,,
Malam ni kita tengok cerita pasal muslimah pulak ya,,asyik lukisan je,,hohohoh,,mesej ini disampaikan oleh tut tut tut...(dia x kasik bagitau nama)


Keutamaan Wanita Solehah

Dinyatakan di sini beberapa nas daripada hadis berkenaan dengan kelebihan dan faedah bagi individu yang berkahwin dan mendapat isteri mahupun suami yang bersifat soleh dan solehah, antaranya:

Daripada Abdullah bin Amr r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang jika dikurniakan kepada seorang bererti, ia telah dikurniakan kebajikan di dunia dan akhirat: Hati yang bersyukur, lidah yang berzikir, badan yang sabar menerima cubaan dan isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri dan terhadap harta suaminya.” (Riwayat at-Tabrani)

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)

Daripada Abu Hatim al-Muzani r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi oleh seseorang yang kamu berkenan dengan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.” (Riwayat Tirmidzi)

Demikian sahajalah yang dapat saya kongsikan ya,,bertukar menjadi lebih baik ,,hohoh

warna warni kehidupan,,ecehhh..
Budak tu nak pujuk aku ke?tak pernah mesej panjang2.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Monday 3 June 2013

Baju

Assalamualaikum dan selamat pagi
Oke,baju kembali.Hahaha,,aku cuma nak tunjuk design baju kawin aku.hohoh.ye kot.Aku dah tahu nak cakap apa,tengok ajelah.Malas nak cakap banyak.Gambar pon 1 je pon.=,=

CROWN. 
Just be yourself.^^,

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 1 June 2013

Masak=,=

Assalamualaikum dan selamat malam kembali,,
Asyik malam je kan,,kenapa x siang..Hohoho,,,sebab siang lah semuanya berlaku,,malam tinggal cite je.Tak gitu?Hohoho..Oke ,,pagi tadi mak nak pergi rumah jiran sebelah,,ada kenduri.So,,mak tinggal pesan kat abang aku,,si Fizi tu suruh dia masak lauk untuk harini.Dia pon angguk2 je la.Sedar tak sedar,,dah pukul 11 lebih dah.Kitorang syok sangat tengok cite pebenda entah,,kartun kot.hohohhoho.lepastu gelabah gila dia aku cakap kau.hahha,,dia pon mula la masak sayur dengan bakar ikan.

Tiba tiba!Haaaaaaaaaaaa,,,huhuhuh.Ada orang telefon abang aku suruh tolong dia kat markas(gerai)untuk jual barang2.Abang aku pon seronok bagai sampai lupa pasal masak.Dia boleh kata kat aku,''Akak,,duit ni kak.tolonglah aku,kau tolong masakkan sambal.Aku tak sempat ni''.WHAT?!masak?Nak masak dikala aku seronok bermain PSP?Tidak mungkin...(cewah ayat,,skema sungguh).Lepastu angah(fizi)terus berdesup salin pakaian dia.Ceh,,ini tidak adil bagi aku....

Hurm,,akukan master.hihihhh,,Dengan dari mana entah datang semangat tu aku terus bangun menuju ke komputer.buat ape?Cari resepi la der,,,(Bajet kan?)Hahahhahaha,,oke,tak lawak.Aku pon salin,,blablablablablablabla,,Dah siap salin,pegi dapur masak.Bersungguh2 aku kupas bawang putih tu.Dah lama tak keluar air mata,terus keluar masa tu jugak.Huwaaa,,rekod ni.Hahahah,,Keluar segala memori yang sedih lagi menyedihkan dan buat aku menangis........

Lepas 15 minit dah siap dah bendealah tu!Sekejap je masak ni ghopenye.Hahah,,aku banyak ketawa hari ni.Dari tgh hari sampai ke petang sampai ke malam....................................................Takde orang pon makan aku punya sambal..huwaaaaa,,ini suatu penghinaaaaaannnn...Diorang kata ada kenduri kat sebelah,,so toksah make lauk yang mu buat tu.Mak dan Abah bertindak zalim harini,,huuuuuuuu...
takda orang makan kecuali aku,,huuuu

Jadi,,tinggallah ia di dalam peti sejuk ini.Sungguh menyedihkan.

Bau bawang kuat sangat kot.Hahaha



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi