Friday 20 December 2013

Give up?

Bismillahirrahmanirrahim..

Air mata ditahan sehabis mungkin.

Tahan,dayah.Tahan!

Tadi scroll TL twitter,pastu ternampak twit kak ed.Huhuhu :')
Aku pon tengok bio dia.

Eh?
 
Ada blog la kakak ni,nak baca ah.
Lantas,aku terus membaca post yang dikeluarkan oleh kakak tu.
Allah!
Kenapa cerita dia nak dekat sama macam aku?
Kenapa cerita dia buat aku rasa nak menangis?
Kenapa
Kenapa?


Petang.
Keluarga aku ramai.Hahaha..aku nak menangis.Aku dah tak tahan..
Tapi
Kalau diorang tengok aku menangis,mesti diorang risau.
Tanya macam2 :")

 


Aku rasa macam nak lepaskan semuanya.Tak tertanggung rasanya..
Tapi aku tau Allah sentiasa bersama aku.
In shaa Allah :)

After every rain, there'll be a rainbow. After every tears, there'll be a smile.
 So,raise your head up and don't give up on what you really want.

Kak jannah cakap aku seorang yang tabah.Farah pon sama.
 Tapi...aku tak tau.Sakit yang aku rasa ni pedih.Perit!!

Siapa tak sakit bila orang yang kita rindu terutama sekali sahabat baik kita tak layan kita lagi.

Allahu Allah...
Bantu aku wahai tuhanku yang Satu.

Aku nak bangkit.
 



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 14 December 2013

...

Assalamualaikum..

Sabtu,14 Disember 2013.

Harini takde apa sangat yang berlaku..cuma berjalan seperti biasa.. :) Tapi..satu je yang merunsingkan aku..rara..rara..rara..YA. Kenapa? Korang rasa aku ni gedik ke? hahahahaha..takpelah..aku tak kesah..
cuma satu je aku nak cakap..takde apa yang boleh memisahkan kasih sayang aku terhadap dia kecuali kematian :)

Ya Allah..tabahkan lah hati hambamu ini.Tabahkanlah..tabahkanlah..aku dah penat tanggung rindu..penat sangat..
Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Wednesday 4 December 2013

Sahabat?

Assalamualaikum :')

Malam dah.

Allah..air mata menitis di pipi.

Sahabat..yes. I  love all of them.
Sayang sangat..

Raidah,mai,ain dll. Allahu,,hanya Allah sahaja yang tau betapa aku sayang korang.

Dan rara.

I am really miss you..Ya Allah..aku sangat rindukan dia.
Aku rindu sahabat kecil aku.. 
Aku rindu nak peluk kau..Akak rindu nak tgk rara senyum,gelak.

Akak rindu segala-galanya tentang rara.

SEMUA.

Akak betul2 tak tau kenapa rara tetiba je senyap..kalau akak ada buat salah..tolonglah cakap..tolong jangan diam..akak terseksa..

Ya Allah..kuatkanlah hati hamba Mu ini..aku dah banyak menangis malam ni...

I'm tired..

Gtg.Nite.

Assalamualaikum.




Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Tuesday 3 December 2013

Nur Ain Qistina :)

Assalamualaikum.

Hai ho tigedi!
Wassup wassup~~

Setelah sekian lama...fiuuuhh*tiup habuk kat blog*

Baru terasa nak update.hehehehehehehhe

3.12.1997.
Birthday sahabat aku. Nama kat atas,,pandai kan baca. Bagus *clap hand hangpa sendiri*
Harini kitorang pegi banda. Senanya x plan pun. Hahaha xD lawak toii
Pastu kitorang gerak pukul 10,naik kereta si kakak raidah. Alhamdulillah. Jimat duit tambang aku. 

Pastu,jejalan ah kat Kluang Mall. Tu pon nak cite. haha,,poyo je.
Krik..krik..krik..

Kitorang beli byk barang. Serius memang banyak dan yang paling banyak tulah aku. Hahaha
macam harini birthday aku pulak. hmmmm = ="

Aku tak tau nak cite apa lagi. Tengoklah gambar :) Peace~~




Gambar ni aku poyo. hahahaha..sebebalh tulah ain yowwww


Raidah bersama si birthday girl. MasyaAllah..poyonya ayat aku T.T


Nampak kan nampak ain sorang je. haha XD 


Taraaaaaaaaa


Krik..krik..


Okelah..tu je gambo.yang lain nak upload...emmmm..hmmmmmm..komputer lem. hahaha

Assalamualaikum :)

Berkawan biar sampai syurga :')






Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 12 October 2013

Indah.

Assalamualaikum~

Hehehehehehehhehe.Maaf.Dah lama tak update.Sibuk.
Nok pekse lah katakan.
-.-
Krik
krik
krikk
.
.
.
.
.
Oke2.Senanya malas.Sebab ape.sebab takdop cite lahh.malas nok naipnya.
Semua malas.
Astaghfirullah.

Banyak bende dah berlaku.Banyak sangat. :')
Tak terkata ku ungkapkan(ayat rara)
Haha

11.10.1997.
My birthday.Hari aku lahir ke dunia.Hari aku lihat manusia dan hari aku menjadi baby pada mulanya
dan dah besar gedabak cenggini.
hehehe.
Aku terima banyak wish dan doa.Terharu sangat tau.
Masa masuk dewan pekse,kekawan ucap hepi befday.
ahhhhh
Pastu tunang angah pun nyanyi lagu befday jugak dkt aku.Aku ingatkan dia sorang,ghopenya dia angkut satu madrasah nyanyi ramai2.
AWESOME.
Kak jannah pon lagi baik.Dia bagi byk hadiah.(Esok upload gambar.In shaa Allah)
 
Dan malam sebelum hari lahir tu,aku terima ni.Daripada my lovely adek,
sobs.
Kalau rajin bacalah,hehe

Status ini hanya khas kepada seseorang yang dapat melihatnya.. Siapa ? ..yang comel, yang cun tu lah, yang sedang membaca status ni ..

Assalammualaikum, kakdayah ...

Yup!.. tepat sekali.. status ni khas untuk kakdayah.. Kakdayah, sebenarnya rara tahu bila harijadi akk ..rara sje je buat2 tak tahu..hehe.. mcm mne rara boleh tahu ? ..rara tahu dri kad kuning(kehadiran PRS) masa hari Rabu masa tu ...hihihi... walaupun masih ada bebearapa jam lagi untuk bertarihkan 11/10/2013 , rara nak wish awal ...

SELAMAT HARI JADI, Kakdayah yg sgt comel di hati rara heeeee

atau dlm bahasa Korea nya

SEANG GIL CHUKKA HAMNIDA !!!!! (kene jerit sikit) hehehe

kakdayah, Selamat hari jadi ya.. ni first time rara wish birthday kakdayah.. rara doakan semoga kakdayah makin gemokkk ...hahahah! gurau jela~ ..rara doakan kakdayah panjang umur dn murah rezeki.. rara harap sgt persahabatan kte ni berkekalan.. InsyaAllah..

kakdayah...rara ada rahsia ni....tpi akk kne roll ke bawah..hehehe

(sebenarnya dia ada buat love,tapi x boleh copy pulak kat sini,pehal ntah) 
 dan yang paling aku nak nagis bile dia cakap cenggini:

 
rara sayang sgt2 dgn akk dan tak nak kehilangan akk .. sayang kakdayah

kakdayah ! SARANGHAEYOOO !!!
             Hohohohoho,tujelah.nak pe lagi. samckdown karang.
oh ye,,gambar nanti2 lah.nap upload komputer lem.

Babai,,Assalamualaikum


Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Friday 6 September 2013

sakit.

Argggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Sakit..sakit.
Mak..abah..
Tolong akak......

......................................................................................

Ya Allah.Aku takut.teramat takut bila aku teringat balik peristiwa tu.Sakit ya Allah.Macam kene cucuk2.
Aahhhh..kepala.Bahaya tu.
Aku takut kalau hentakan tu jadi kesan lain..
Tolonglah ya Allah.
Bantu aku.

Air mata mengalir laju..
Tidak dapat ditahan lagi..

Kalau aku dah takde lagi nanti,,jangan lupa sedekahkan aku al-fatihah.Tu je aku harap..
Sebab sakit ni tak boleh tahan je rasanya,
Tapi,takpe,aku tau Allah sayang aku :')

Selamat tinggal,sayang.
Ukhwah fillah abadan abada.

Jangan lupa tau.Janji kita nak ke syurga sama2 :)

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Sunday 11 August 2013

pendosa.

Skrin komputer ditatap.Mula menaip di keyboard.
Twitter ni sebenarnya bagus kalau kita gunakan bebetul.
TL ada dakwah.
wahhh,,bagusnya..

Scroll ke bawah,bawah,dan bawah..
eh?

"Agama ni, ramai yang tahu. Tapi sikit yang faham."
Sentap.

Mato.Bagus budak ni.Sebarkan dakwah.Entah apa nama sebenar dia,aku pon tak tau.
Kembali tersedar.Bila fikir balik.Memang betul pun.
Manusia sekarang.Manusia akhir zaman.
AKHIR ZAMAN.

Bila  orang tanya aku pasal agama,aku risau.Aku risau aku bagi informasi yang salah.
Allah..
Sebab tu Rasulullah suruh kita cari ilmu.Nak berdakwah pon biar ada ilmu.
Bukan main sebat je.
Salah,rosak akidah.
Itulah yang aku takut..aku takut akidah aku rosak,calar.

Dulu aku jahil.Bodoh pasal agama.Buat main je.Solat tu aku tau wajib,tapi taknak buat.
Tu semua kisah aras darjah 5,6.Budak-budak.
Apa tau.

Bila ingat balik,Allah...ruginya aku.Ruginya aku tak kejar pahala.Sangat rugi.
Ampunkan aku ya Allah.
Terima kasih sebab bagi aku peluang untuk berubah,
Berdakwah.
Mempelajari islam dengan lebih mendalam.
 
Terima kasih Ya Allah :')

Tangan berhenti menaip.Pilu.
Sudah pukul 11 malam.
Nak tunggu farah.

Assalamualaikum.

Farah ni selalu on9 lambat.aku gigit jugak kang

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 10 August 2013

Lalai

Terimbas kembali.
Aku masih ingat lagi,
Kata-kata cinta indah kau pernah bagi pada aku dulu.

Tuhan baru ku sedar,
Indah nikmat sehari itu.
Tapi,aku tak tahu nak bersyukur.
Puas aku menyalahkan diri sendiri.

menyesal dengan apa yang berlaku.
Eh,,kenapa jadi camni?

Ya Allah,maafkan aku.aku lalai,
Sekali lagi,aku leka dengan dunia.
Kau lindungilah aku daripada sifat putus asa,
Aku nak usaha!
USAHA
DOA.

Tu perkara penting,jadi teras.Aku kena muhasabah.
muhasabah diri ni.Hinanya aku jika hendak dibandingkan dengan-Mu.
Aku malu ya Allah.Sangat malu.
Sangat malu dengan dosa aku yang bertimbun.
Pahala aku camana?
cukup ke bekalan aku nak bawak ke Sana?
Allah....................
aku rindu rara.Lindungilah dia ya Allah :')



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Friday 9 August 2013

Aasif :')

Assalamualaikum :)

Again,we meet again dear my lovely blog.Hehehe,,as usual.HAHA.
Sejak bila aku cakap omputih pulak ni.makkk..
Oke,back to the point.
.
.
.
.
Farah Atiqah.Who's this girl?Siapa,siapa,siapa?
Hurm,dialah sahabat aku yang paling baik.Sangat baik.
Why?
 
Dia selalu dengar masalah aku,baik,layan aku..
Tak sama macam orang lain.
Kitorang tak pernah jumpa pon.
Apa?Tak pernah jumpa dah cakap baik.
 
Hahahah,,Allah punya kuasa.Allah tu hebat.
Dulu,aku sebenarnya tak suka dia.Anggap dia macam musuh.
(Farah,sori tak bagitau awak,hehe)
Aku mula stalk dia.Cuba jadi kawan dia.Memula tu niat nak provok dia.
Kejam kan?Tau dah :')
 
Aku ni memang jenis cemburu.Sebab tu aku selalu dekatkan diri dengan orang yang baik2.Aku ni jahat.Pendosa tanpa noktah.
See,kuasa Allah tu hebat.Dulu,aku tak suka dia,sekarang dah rapat gila walaupun kitorang tak pernah jumpa pon :)

 
Dialah kembar aku,yang tak berapa nak kembar sangat.Hhehe,lagu ni pon dia yang recommend kan.Sedap.Aku terus pasang jadi lagu dalam blog.Lagu ni selalu mengingatkan aku kat farah.
Comel je dia.Sayang dia sangat2.
 
Farah,saya nak minta maaf sebab dulu tak suka awak.Maafkan saya..Saya tak tau kenapa.Tapi,lepas saya kenal awak..awak baik sangat.Tak macam saya ni.
Selalu alpa,lalai dengan dunia.
 
 
 
Allah,kau peliharalah hati ini untuk terus kuat dengan dugaan hidup.Kau peliharalah orang-orang yang aku sayang :')

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Tuesday 6 August 2013

Sahabat.

SAHABAT.
.
.
.
.
.
Ya,sahabat.kenapa?
Tak,,cuma aku nak cakap aku sayang kawan-kawan aku.
Aku sayang rara,farah,mai,ain,zatul dan yang lain2.

Terutamanya,kawan perempuan 4 sains 2.
Hahahaha
Aku rindukan diorang.Dulu,kitorang selalu sesama.Geng.Pergi memane je masa kat sekolah selalu sama2.Pegi rehat sama2.
Pergi tandas pon kalau boleh nak sama2.Hahahha..

Aku rindu.... :')
Rindu sangat dengan persahabatan kita yang dulu.Akrab.Takde nak masam2 muka.Takde nak jeles2 bende ni.Aku suka.
Bersahabat kerana Allah.
Air mata diseka buat kesekian kalinya.Penat.
Allah..aku rindu sahabat fillah aku.

Aku cuba untuk amalkan perkara tu.
Cuba untuk jadi rakan yang baik.Kalau kita nakkan kawan yang baik,kita mesti jadi kawan yang baik jugak.

And also,aku sayang diorang.Sangat2.Kerana Allah.
Rara yang comel,selalu prihatin hal aku.
Farah atiqah yang baik,cantik.Selalu dengar masalah aku.
Maizatul yang kecik,comel.Prihatin.
Shaidah yang gila.Selalu buat lawak.Tapi baik sangat.
Raidah yang selalu ketawa.Suka nak jadi Princess.
Zatul yang selalu peluk aku.Bantu aku.
Ain yang baik,comel.Ajar aku buat blog.
Dan semua kawan2 yang pernah aku kenali.
Satu je aku nak cakap..
AKU SAYANG KORANG.
Aku nak sangat ambik gambar sama2.Nanti raya ambik gambar sama2 ya.

Ya Allah,,kau peliharalah hubungan ini.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

pergi..

tik.tok.tik.tok.

Masa terus berlalu.Meninggalkan kita tanpa disedari.
Aku merenung skrin komputer.
Melihat wajahnya.
Sungguh indah.
Suci je muka dia.

Tersenyum buat seketika.
Ya,aku cuma boleh buat canggitu.
Kenapa?

Dia jauh,jauh dari aku.
Sangat jauh.
Ya Allah..aku rindukan dia.
bukan sedikit..banyak..sangattttttttttttttttttttt.

Masa terus berlalu.Aku kembali teringat perbualan aku dan dia dulu..

"Awak,nanti saya nak pegi mesir.Bulan 8.Nanti skype tau.Dah habis belajar nanti,saya nak jumpa awak.
Saya nak kahwin dengan awak.Saya nak jadikan awak yang halal buat saya."
.
.
.
.
.
Air mata kembali mengalir.Itu semua dulu.DULU.
Perkara yang buat aku rasa sedih.
Tersangat sedih.

Dah bulan lapan.Ramadan dah nak meninggalkan aku.Raya bakal menjelang.
Dan itulah perkara yang memedihkan hati aku.Bulan 8.Dah bulan lapan...

Dia akan pergi...Ya Allah,sekejapnya masa berlalu.Aku ingin bertemu dengan dia ya Allah.
Tolonglah........................

 

Awak..saya harap awak jaga diri awak bebaik kat sana.Jangan nakal2.Saya tunggu awak tau.Saya akan selalu tunggu awak :')
 

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Monday 5 August 2013

Rindu

"Aku suka dia"
.
.
.
.
Satu kali je aku cakap.Ya,dan aku takkan ulanginya lagi.Kau nak dengar balik?
NEVER.
Aku dah penat kena tipu.I'm not pabo you know.

Ya Allah..penatnya kejar cinta dunia.Aku terlupa.Aku terlupa..
Aku terlupa untuk mengejar cinta-Mu,
sedangkan aku tahu cinta manusia tu tak kekal lama.
Cintakan Allah cinta yang abadi.

Ya.Itu apa yang dia cakap.Dan baru aku tersedar,
yang aku sudah jauh dari Allah.
Ya Allah...maafkan aku,maafkan aku.
Aku berdosa,ya Allah..
Ampunkan aku ya Allah..

Air mata diseka.Puas menangis.
Semenjak itu,aku sering menangis..
Hati aku luluh..
mudah terasa.

Namun,aku tahu Allah sentiasa ada untukku.
Membantu aku setiap masa.
Terima kasih wahai Allah :')

Sampaikan salam rinduku buatnya.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya :')

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 3 August 2013

mengadu

Arghhhhhhhhh...bencinyaaaa..

Allah.Kau sahaja yang tau hati aku.Aku sakit ya Allah.sakit menahan rindu.
Tangan mengesat air mata.laju air mataku mengalir.

Ya Allah..adakah ini dugaan bagiku.
Pernah sakitkan hati dia.
Adakah ini balasan untukku?

Ya Allah..aku sangat rindukan dia.Macam orang gila.Bantu aku ya Allah..
Sampaikan salam rindu aku untuk dia..

Air mata semakin laju merembes di pipi.
tidak henti.
sedih.
aku tak kuat..
:'(


Fake smile huh?




Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

no.no.no.

"Wei,cepatlah masuk.Cikgu dah sampai".
Waktu pelajaran kimia dah bermula.Konfem bising sebab ada yang tak paham.Hahaha.

Semua mengambil tempat duduk masing-masing.Berbual bersama buat seketika...

Aku merenung sesorang tanpa dia sedari.Berpura-pura memandang ke arah lain.Hmm.Itu sahaja yang mampu aku lakukan.Allah,,peritnya rasa hati bila menyukai sesorang dalam diam.
Tidak dapat diluahkan dengan kata2..
Hanya kepada Engkau sahajalah tempat aku mengadu :')

Pelajaran sudah bermula,lantas aku memusingkan kepala menghadap ke arah guru yang sedang mengajar.
Ya.Aku harus belajar.Belajar dahulu sebelum bercinta.

 Tapi,ada ketika aku meneliti wajahnya yang sungguh indah.Allah,,indahnya ciptaan-Mu ini.Aku menangis dalm diam.Menundukkan wajah.
Air mata diseka.Tidak tahan hendak menangis lagi.Cukuplah seorang yang sudah menyakitkan hati aku.
Aku tak mahu pelajaran,ibadah aku terganggu kerana sukakan dia.

Allah,bantu aku.Kuatkan aku.

Kring..kring..kring..
Waktu rehat.Ermm,masa pelajaran kimia sudah habis.
Menutup buku dan memberi salam kepada guru.

Aku keluar dari kelas kimia bersama rakan.
Menuju ke arah surau untuk menunaikan solat dhuha.

Assalamualaikum.



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Allah..

Dunia.Tempat manusia sekarang melakukan khilaf.
Banyak perkara mazmumah yang berlaku.
mengapa terjadi perkara sebegini?

Allah..sedihnya.Aku malu ya Allah.
Malu hendak bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang penuh dengan dosa.
Ya Allah,jujurnya,aku tak sanggup hendak menghadapinya.

Wahai Tuhanku.Kau selamatkanlah aku,keluagaku dan sahabatku
Selamatkanlah kami dari seksa api neraka.
Fitnah manusia.
Seksa kubur.
iri hati.
Dengki.

Ya Allah,sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Menutup tirai,menyeka air mata di pipi.Hurm,sedih.
Melepaskan diri dari dunia maya.
Sudah waktunya berbuka puasa :')

Assalamualaikum.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Monday 17 June 2013

cerita

Asslamamualaikum dan selamat malam,,
bertemu kembali.huhu,,Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.erm,,ada banyak cite ni..sok sek sok sek.hahahah..Oke2,,sebenarnya,,saya ada seorang kawan ,dia pelajar u dah sebenarnya,,ambik kau,,banyak noh sebenarnya,,kesan daripada 'Sebenarnya saya isteri' dia lah ni.XDhahaha.Kakak ni ada masalah sama macam aku,,dia kawan dekat fb je,tapi dah macam kenal setahun.punyalah mesra.hohoh..erm,,dari basic sampai adventure punya soalan aku tanya dia.(susahlah bersaya awak ni,,eiii)Aku tanya dia pasal tut,,tut,,dia kata diorang rapat.Alamak,,macamane diorang boleh rapat pulak ni?Hahahahh,,aku dengan cemburunya pegi la soaldia macam2

Sampailah satu malam,aku dapat tahu tut,,tut,,motor dia kena pecah.Hei!Ini sudah lebih.siapa orang yang carik pasal pegi pecahkan moto kawan gua ha!tapi,,dia bukan tau pon yang aku bagai nak rak suka kat dia,sayang kat dia.Hahahahh,,geli seyh ayat.hahahh.Aduh,,memang patut la.Berkawan dengan orang lain,bercinta dengan orang lain,berkahwin dengan orang lain.Semua tu Allah dah tetapkan kat manusia,,biarlah..kalau dia dah memang bukan jodoh aku nak buat camne lagi.takkan nak suruh aku gali lubang rumah dia,,pegi rasuah mak bapak dia?Hahahhah,,berdosa tu.haahha.Oh,,kakak tu sebenarnya baik,,dia suruh aku bebaik dengan tut,tut.Gila!Taknak aku,,nanti kena libas dengan abang aku.

 

 

gambar ni comel je.hahha
oh,,ye tak ya.haritu balik kampung.nak tengok despicable me 2.tepi x dapat tengok sebab buat pembetulan pi.CEH

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Tuesday 11 June 2013

think of it

Assalamualaikum
 
Erm,,ramai orang dapat tengok kau depan mata.Aku?Dapat renung gambar je...Takpalah,,mungkin suatu hari nanti aku dapat jumpa kau.Allah punya kuasa,,Allah hebat.In shaa Allah.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

blablabla

Assalamualaikum dan selamat malam,,

 

Alhamdulillah,,aku masih bernafas.syukur kepada Allah,,Tehhhheeee..Hari ni,,erm,,sebenarnya bukan hari ni je,,dah lama dah aku geram,marah,benci,sakit hati,,semua yang jahat..hehe dekat seorang hamba Allah ni.Marah yang tidak terkata.Kadang kadang aku terfikir jugak,,diorang ni dah berkomplot ke nak naikkan darah aku.Taulah korang berdua jauh dari aku,,sesedap je nak sembunyi.CEH.ermmm,,,nak marah pon tak guna sebenarnya,,marah kan sifat syaitan,,so tadi aku godeh godeh tene cari cara untuk hilangkan marah dan aku jumpa!Yay~
IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda;
” yang bernama perwira bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawan. Tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah.”    ( Sahih Muslim)

Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah…walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah…segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya.

Hah,,itu jelah yang aku dapat.Erm,,awak,,saya minta maaf dah benci dengan marah awak.Saya cuma geram.Maaff..




Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Friday 7 June 2013

Haiwan kesayangan Rasulullah SAW



Assalamualaikum dan selamat malam,,,
hohoohoi,,tadi aku dapat info dekat surat khabar,,pasal haiwan kesayangan Rasulullah.Gapo dia?Haa,,ni nok ngoyak,,...............KUCING.Ya,,kucing,,cakap pasal kucing je mesti terbayang akan kecomelannya  macam aku,,heheh..x delah.saje je.Meh sini,,aku bagitau pasal hadis-hadis mengenai kucing.

  • Kabsyah binti kab bin malik,menceritakan bahawa Abu Qatadah,mentua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk.Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum.Llu,ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.Kabsyah berkata:"Perhatikanlah".Abu Qatadah berkata:Adakah kamu hairan?"Kabsyah menjawab:"Ya."Kemudian Abu Qatadah berkata,bahawa Nabi SAW pernah bersabda :kucing itu tidakk najis.Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah(binatang rumahan),(riwayat Tirmizi,Nasa'i,Abu Daud,dan Ibnu Majah)
  • Bagi mereka yang menyakiti kucing sangatlah serius balasannya.Dalam hadis sahih Bukhari,dikisahkan mengenai seorang wanita yang tidak pernah memberi makam kucingnya untuk mencari makanan sendiri.Nabi SAW pun menjelaskan  bahawa hukuman bagi wanita itu adalah seksaan neraka.Dari IBnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikot dan tidak diberikan makanan bahkan tidak diperkenankan makan.

alololol,,comelnya dia.muka mintak makanan
 



kucing ni cantik.seksi lagi.hehe
Aku tak sangka kau macam tu,,sepak jugak karang,,huuuuuuhh

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Wednesday 5 June 2013

Fesyen.

Assalamualaikum dan selamat pagi^^,
Huihuihui,,dah sarapan?saya dah,,subuh tadi.hohoh.Kali ni nak share pendapat seorang akhi dari pulau pinang.terimalah,,,huhuh
Fesyen.
Islam bukanlah agama yg mengahalang fesyen dan perkembangan fesyen .Tidak ada nas yg menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian .Namun umat Islam dititikberatkan supaya menutup aurat dengan baik dan sempurna .

Cuba perhatikan kepada wanita muslimah. "Dress code "para muslimah sebenarnya melindungi kaum wanita daripada pandangan nafsu lelaki jahat.Ada 2 syarat utama bagi menutup aurat dengan baik . yg PERTAMA : Pakaian tersebut tak menampakkan bentuk badan si pemakai .Dengan demikian pakaian yg "Ketat "tak dibenarkan .yg KEDUA : Pakaian tersebut mestilah tak menampakkan ciri2 tubuh badan pemakai seperti warna kulit ..

Selain itu ..syarat pakaian itu haruslah tak menyurupai sesuatu kaum ..

kalau nk pakai seluar senaman ,dibenarkan tp haruslah longgar sedikit supaya tidak menampakkan susuk tubuh

kalau nk pakai baju kebaya ,silakan tp janganlah yg ketat sehingga boleh menampakkan kerampingan pinggangnya ..

Para lelaki juga haruslah cuba untuk menjaga dan mengawal "nafsu " dan tidak
berfikir perkara 2 yg "negetif "apabila melihat seorang perempuan ..

para wanita juga harus menolong kaum lelaki drpd berfikir perkara negetif apabila melihat kamu ..waallahualam 
Yang penting tutup aurat ya sayang^.^
nak berfesyen ikut syariat.
kaki pon aurat jugak,tutup ya,biar panjang sikit.sukati la nak warna apa,asal jangan warna kaki kita.nak pakai yang berbintik ke,purple ke,pink,kuning sekalipun,pakailah.aurat kaki mesti dijaga ya sayang.

Sekian sahaja untuk pagi ini.Tata,titi,tutu.
 Salam sayang dari saya,hohoho

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Wanita solehah

Asslamualaikum dan selamat malam,,
Malam ni kita tengok cerita pasal muslimah pulak ya,,asyik lukisan je,,hohohoh,,mesej ini disampaikan oleh tut tut tut...(dia x kasik bagitau nama)


Keutamaan Wanita Solehah

Dinyatakan di sini beberapa nas daripada hadis berkenaan dengan kelebihan dan faedah bagi individu yang berkahwin dan mendapat isteri mahupun suami yang bersifat soleh dan solehah, antaranya:

Daripada Abdullah bin Amr r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang jika dikurniakan kepada seorang bererti, ia telah dikurniakan kebajikan di dunia dan akhirat: Hati yang bersyukur, lidah yang berzikir, badan yang sabar menerima cubaan dan isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri dan terhadap harta suaminya.” (Riwayat at-Tabrani)

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)

Daripada Abu Hatim al-Muzani r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi oleh seseorang yang kamu berkenan dengan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.” (Riwayat Tirmidzi)

Demikian sahajalah yang dapat saya kongsikan ya,,bertukar menjadi lebih baik ,,hohoh

warna warni kehidupan,,ecehhh..
Budak tu nak pujuk aku ke?tak pernah mesej panjang2.

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Monday 3 June 2013

Baju

Assalamualaikum dan selamat pagi
Oke,baju kembali.Hahaha,,aku cuma nak tunjuk design baju kawin aku.hohoh.ye kot.Aku dah tahu nak cakap apa,tengok ajelah.Malas nak cakap banyak.Gambar pon 1 je pon.=,=

CROWN. 
Just be yourself.^^,

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Saturday 1 June 2013

Masak=,=

Assalamualaikum dan selamat malam kembali,,
Asyik malam je kan,,kenapa x siang..Hohoho,,,sebab siang lah semuanya berlaku,,malam tinggal cite je.Tak gitu?Hohoho..Oke ,,pagi tadi mak nak pergi rumah jiran sebelah,,ada kenduri.So,,mak tinggal pesan kat abang aku,,si Fizi tu suruh dia masak lauk untuk harini.Dia pon angguk2 je la.Sedar tak sedar,,dah pukul 11 lebih dah.Kitorang syok sangat tengok cite pebenda entah,,kartun kot.hohohhoho.lepastu gelabah gila dia aku cakap kau.hahha,,dia pon mula la masak sayur dengan bakar ikan.

Tiba tiba!Haaaaaaaaaaaa,,,huhuhuh.Ada orang telefon abang aku suruh tolong dia kat markas(gerai)untuk jual barang2.Abang aku pon seronok bagai sampai lupa pasal masak.Dia boleh kata kat aku,''Akak,,duit ni kak.tolonglah aku,kau tolong masakkan sambal.Aku tak sempat ni''.WHAT?!masak?Nak masak dikala aku seronok bermain PSP?Tidak mungkin...(cewah ayat,,skema sungguh).Lepastu angah(fizi)terus berdesup salin pakaian dia.Ceh,,ini tidak adil bagi aku....

Hurm,,akukan master.hihihhh,,Dengan dari mana entah datang semangat tu aku terus bangun menuju ke komputer.buat ape?Cari resepi la der,,,(Bajet kan?)Hahahhahaha,,oke,tak lawak.Aku pon salin,,blablablablablablabla,,Dah siap salin,pegi dapur masak.Bersungguh2 aku kupas bawang putih tu.Dah lama tak keluar air mata,terus keluar masa tu jugak.Huwaaa,,rekod ni.Hahahah,,Keluar segala memori yang sedih lagi menyedihkan dan buat aku menangis........

Lepas 15 minit dah siap dah bendealah tu!Sekejap je masak ni ghopenye.Hahah,,aku banyak ketawa hari ni.Dari tgh hari sampai ke petang sampai ke malam....................................................Takde orang pon makan aku punya sambal..huwaaaaa,,ini suatu penghinaaaaaannnn...Diorang kata ada kenduri kat sebelah,,so toksah make lauk yang mu buat tu.Mak dan Abah bertindak zalim harini,,huuuuuuuu...
takda orang makan kecuali aku,,huuuu

Jadi,,tinggallah ia di dalam peti sejuk ini.Sungguh menyedihkan.

Bau bawang kuat sangat kot.Hahaha



Syukran jazilan ya ukhti wa akhi

Friday 31 May 2013

doodle 2

kali ni warna entahlah.aku masih tak pandai mewarna guna komputer.blablabla

Syukran jazilan ya ukhti wa akhi