"Wei,cepatlah masuk.Cikgu dah sampai".
Waktu pelajaran kimia dah bermula.Konfem bising sebab ada yang tak paham.Hahaha.
Semua mengambil tempat duduk masing-masing.Berbual bersama buat seketika...
Aku merenung sesorang tanpa dia sedari.Berpura-pura memandang ke arah lain.Hmm.Itu sahaja yang mampu aku lakukan.Allah,,peritnya rasa hati bila menyukai sesorang dalam diam.
Tidak dapat diluahkan dengan kata2..
Hanya kepada Engkau sahajalah tempat aku mengadu :')
Pelajaran sudah bermula,lantas aku memusingkan kepala menghadap ke arah guru yang sedang mengajar.
Ya.Aku harus belajar.Belajar dahulu sebelum bercinta.
Tapi,ada ketika aku meneliti wajahnya yang sungguh indah.Allah,,indahnya ciptaan-Mu ini.Aku menangis dalm diam.Menundukkan wajah.
Air mata diseka.Tidak tahan hendak menangis lagi.Cukuplah seorang yang sudah menyakitkan hati aku.
Aku tak mahu pelajaran,ibadah aku terganggu kerana sukakan dia.
Allah,bantu aku.Kuatkan aku.
Kring..kring..kring..
Waktu rehat.Ermm,masa pelajaran kimia sudah habis.
Menutup buku dan memberi salam kepada guru.
Aku keluar dari kelas kimia bersama rakan.
Menuju ke arah surau untuk menunaikan solat dhuha.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment